Mohd Hatar Ismail
KUALA LUMPUR, 13 Sept ( Bernama) -- Satu mekanisme lebih sistematik perlu diwujudkan bagi memantau proses saringan kesihatan pekerja asing di negara sumber bagi mengawal penularan penyakit berjangkit seperti Tuberculosis (Tibi) dan Hepatitis-B di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), Datuk Mohd Hatar Ismail berkata mekanisme itu perlu berikutan laporan peningkatan kedua-dua jenis penyakit berkenaan sejak kebelakangan ini di kalangan pekerja asing.
"Ini mungkin disebabkan terdapat 'ketirisan' ketika pekerja asing itu menjalani saringan kesihatan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) saringan yang dijalankan doktor di sana (negara sumber) tidak menepati standard tetapan kesihatan antarabangsa.
"Tidak ketinggalan, terdapat majikan yang degil dengan membuat rayuan bagi memastikan pekerja yang diambil dapat masuk dan bekerja di sini," katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Program Jelajah Bersama Majikan Pekerja Asing 2018 di Menara Miti di sini hari ini.
Katanya daripada Januari hingga Ogos tahun ini, sejumlah 9,411 kes Tibi dan 4,206 kes Hepatitis-B dilaporkan dikesan membabitkan pekerja asing.
Jelasnya, berbanding tahun lalu, seramai 9,257 orang direkodkan menghidap Tibi melibatkan 5,127 orang pekerja asing baru dan 4,130 orang bagi pembaharuan permit manakala seramai 2,552 orang menghidap Hepatitis-B melibatkan 2,204 orang pekerja asing baru dan 348 orang pembaharuan permit.
"Bagi pekerja asing yang gagal dalam ujian saringan ini, mereka termaktub di bawah Akta Imigresen yang mana permit tidak akan dikeluarkan dan perlu dihantar pulang ke negara asal.
"Majikan pula akan diberi notis penghantaran pulang itu dengan diberi tempoh dua minggu untuk membuat rayuan sekiranya masih mahu menggunakan khidmat pekerja asing itu," katanya.
Dalam pada itu, katanya Fomema juga dalam langkah untuk memohon penambahan kuota bilangan pekerja asing yang boleh melakukan saringan kesihatan di satu-satu klinik panel berikutan terdapat beberapa klinik di kawasan tertentu yang telah mencapai kuota 500 orang pekerja asing setahun.
"Kita akan buat permohonan untuk tambah kuota kepada Kementerian Kesihatan jika ada permintaan daripada majikan terutama di sektor perladangan seperti di Kelantan, Johor dan Pahang di mana terdapat ramai pekerja asing," katanya.
Dalam pada itu, lebih 200 majikan pekerja asing daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hadir ke program jelajah ke-6 tersebut yang merangkumi sesi taklimat garis panduan terbaru pemeriksaan perubatan pekerja asing.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN