KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pusat Darah Negara (PDN) berharap lebih ramai individu tampil sebagai penderma darah secara berkala atau berulang supaya bekalan darah negara sentiasa stabil.
Pengarahnya Dr Noryati Abu Amin berkata lazimnya apabila cuti persekolahan akhir tahun atau cuti panjang berlakunya masalah kekurangan bekalan darah kerana jumlah mereka yang menderma darah berkurangan.
"Masyarakat kita sangat prihatin. Misalnya apabila diminta (derma) mereka akan tampil...tapi belum jadi budaya untuk datang secara berkala atau tetap, hanya sebahagian kecil.
"Jadi, kita berharap lebih ramai penderma yang tetap...sama ada dua atau tiga kali setahun. Dengan itu bekalan darah akan stabil kerana penggunaannya adalah berterusan," katanya kepada Bernama pada majlis Kempen Derma Darah Anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.
Program dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ketua Srikandi Bersatu Rina Mohd Harun.
Dr Noryati berkata berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, jumlah penderma darah di seluruh negara pada tahun lepas hampir 700,000 orang iaitu 2.2 peratus daripada populasi rakyat Malaysia.
"Negara kita hanya ketinggalan satu peratus berbanding dengan negara-negara maju...jadi kempen kesedaran secara berterusan perlu diadakan supaya aktiviti derma darah dapat dipupuk dan menjadi tanggungjawab sosial dalam masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN