Perak mahu tarik lebih ramai pelancong kesihatan, pendidikan dari Medan

 IPOH, 13 Sept (Bernama) – Kerajaan negeri Perak mahu memperhebatkan lagi aktiviti promosi pelancongan yang ada di negeri ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong, terutamanya pelancong kesihatan dan pendidikan dari Medan, Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan pelancongan dan pemegang kepentingan dalam industri berkenaan bersempena lawatan beliau ke Medan, bulan depan.

"Kita akan mempelbagaikan pakej pelancongan kesihatan dan pendidikan sekali gus mampu menarik pelancong dari bandar berkenaan kerana kita mempunyai pakar perubatan yang terbaik dan universiti yang diiktiraf di negeri ini.

 "Ini kerana pelancong dari Medan lebih cenderung memilih Pulau Pinang atau Melaka untuk mendapatkan rawatan kesihatan atau meluangkan masa bercuti bersama keluarga berbanding memilih Ipoh sebagai destinasi pelancongan," katanya pada sidang media mengenai promosi pelancongan bersama syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air di sini hari ini.

Tan berkata sejak Malindo Air mengadakan semula penerbangan dari Ipoh ke Medan pada Mac lalu, jumlah kemasukan pelancong dari daerah Sumatera Utara itu meningkat sebanyak 40 peratus.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan penambahbaikan dari segi promosi menerusi medium pengiklanan di sosial media bagi mempromosikan produk dan destinasi menarik di negeri ini.

"Di samping itu, pemain industri pelancongan telah menunjukkan komitmen dengan mengadakan lebih banyak pakej menarik termasuk menawarkan diskaun untuk menarik lebih ramai pelancong dari Medan untuk berkunjung ke negeri ini," katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018