Jangkitan virus beguk masih terkawal



KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengesahkan jangkitan virus beguk melibatkan atlet temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 dalam keadaan terkawal.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kebanyakan mereka yang mengalami penyakit berjangkit itu akan pulih dalam tempoh seminggu.

"Penyakit ini walaupun boleh menjadi satu penyakit yang berjangkit tetapi ini bukan satu penyakit yang serius. Tahap jangkitan virus penyakit itu bermula kira-kira lapan hari sebelum simpton penyakit itu jelas.

"Tempoh kuaratin boleh mengambil masa sehingga 25 hari. Jangkitan penyakit itu masih terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Saintifik Tahunan Persatuan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) ke-2, di sini hari ini.

Semalam, pasukan boling padang wanita Negeri Sembilan menjadi pasukan kedua menarik diri daripada Sukma ke-19 akibat jangkitan virus beguk selepas pasukan futsal wanita dan lelaki Sabah berbuat demikian, awal minggu ini.

Mengulas mengenai majlis hari ini, Dr Lee berkata kerajaan setakat ini tiada perancangan untuk melaksanakan pengasingan pemberian ubat dan rawatan secara berasingan seperti yang dicadangkan oleh kerajaan terdahulu.

Namun begitu beliau menasihati semua pengamal perubatan perlu menghormati hak pesakit dalam memilih untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan dengan perskripsi ubat yang dikehendaki mereka.

“Lebih baik kita biarkan keadaan seperti sekarang tetapi kita hormati hak pesakit di mana mereka hendak membeli ubat,” katanya.

Dr Lee berkata dengan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit serta penuaan masyarakat lama kelamaan akan mendatangkan beban kepada kementerian bagi menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dalam keadaan  sumber yang terhad.

Beliau berkata kemudahan rawatan swasta pula  menghadapi  masalah peningkatan  kos menyebabkan penyisihan terhadap mereka yang kurang bernasib baik. 

"Menjelang  2040, penduduk Malaysia berumur  65 ke atas akan meningkat lebih enam juta  atau  14.5 peratus daripada jumlah penduduk," jelas beliau.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2