Suntikan anti rabies fasa tiga Sibu bermula 19 Sept ini

SIBU, 16 Sept(Bernama) -- Jawatankuasa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu akan mengadakan suntikan vaksin anti rabies percuma fasa tiga mulai 19 Sept hingga 2 Nov ini bagi memastikan sasaran 10,000 ekor anjing diberi suntikan vaksin tercapai.

Jawatankuasa yang ditubuhkan awal tahun ini dan dipengerusikan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee itu telah menganjurkan pelbagai program untuk membendung penularan penyakit rabies ke bahagian ini.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata pemilik anjing di Daerah Kanowit, Bandar Baru Sibu Jaya, Bandar Sibu dan Daerah Selangau perlu memanfaat sepenuhnya peluang tersebut bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak rabies di Sarawak.

“Setakat ini sebanyak 7,481 daripada 10,000 ekor anjing yang disasarkan berjaya diberi suntikan vaksin.

“Orang ramai yang memelihara anjing mempunyai tanggungjawab menjaga anjing mereka sebaik mungkin dan memastikannya sentiasa berada dalam kawasan perkarangan rumah dan tidak dibiarkan berkeliaran di jalanan," katanya semasa berucap pada pelancaran Kempen Kesedaran No To Rabies di Dataran Sibu Fasa 2 di sini malam tadi.

Sepanjang tempoh kempen itu sesi taklimat penerangan dan pameran penyakit rabies juga akan diadakan serta pengedaran pelekat kereta `No To Rabies’ mengandungi talian hotline Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan Majlis Daerah Kanowit, kepada orang ramai.

Terdahulu, Ketua Seksyen Kesihatan Awam, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Cheong Yaw Liang berkata setakat ini Bahagian Sibu masih bebas daripada penularan penyakit rabies.

Katanya kementerian dan Jawatankuasa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu bertungkus lumus menghalang penularan penyakit rabies ke bahagian ini menerusi operasi vaksinasi ke atas anjing, kawalan semula populasi anjing serta program kesedaran dan mengurangkan risiko penularan penyakit.

--BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2