MELAKA, 16 Sept (Bernama) -- Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Singapura, membuka cawangan pertamanya di negara ini di Kota Laksamana, di sini, dengan nilai pelaburan kira-kira RM2 juta.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Melaka, Low Chee Leong, berkata pusat kesihatan yang menggunakan teknik 'electric muscular stimulation' (simulasi otot elektrik) sebagai rangsangan dan rawatan kepada tubuh badan itu memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini.
"Rawatan ditawarkan Pusat Kesihatan Bioems juga mengguna pakai konsep perubatan tradisional Cina untuk menambah keberkesanan rawatan 'electric muscular stimulation' dan ia tidak menggunakan sebarang ubat.
"Teknik rawatan ini adalah satu cabang atau teknik baharu dalam bidang kesihatan pada masa ini yang digunakan sebagai alternatif atau langkah pencegahan awal untuk pelbagai penyakit terutama berkaitan sendi atau saraf," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd di Taman Kota Laksamana Jaya, di sini. Turut hadir, Pengarah Urusan Bioems (M), Sdn Bhd, Wong Yoke Seng.
Mengulas lanjut, Low berkata, pembukaan pusat kesihatan berkenaan selaras dengan matlamat Kerajaan Pakatan Harapan menjadikan kebajikan sebagai asas dalam perkhidmatan sekali gus dapat membantu rakyat.
"Saya difahamkan, mesin digunakan untuk rawatan mendapat pengiktirafan kerajaan Singapura," katanya.
Sementara itu, Wong berkata, beberapa lagi cawangan Pusat Kesihatan Bioems (M) Sdn Bhd akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang.
Beliau berkata, cawangan kedua pusat berkenaan akan dibuka di Kuala Lumpur dalam tempoh dua bulan diikuti negeri lain termasuk di Pulau Pinang dan Sarawak.
"Kita mempunyai 50 mesin rawatan di Kota Laksamana dan sekurang-kurangnya 400 orang boleh dirawat menggunakan mesin berkenaan sehari," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN