Perlu tangani kekurangan profesional kesihatan - Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 18 Sept  (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan meningkatkan usaha untuk mencapai akses peringkat sejagat terhadap penjagaan kesihatan berkualiti dengan menyasarkan kawasan kekurangan perkhidmatan itu, menggalakkan penjagaan kesihatan utama dan pencegahan serta meningkatkan kapasiti kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, bagaimanapun berkata satu daripada cabaran terbesar dihadapi oleh Malaysia untuk memenuhi aspirasi berkenaan adalah kekurangan kritikal dan ketidakseimbangan pengagihan profesional kesihatan khususnya pakar.

"Malaysia menghadapi kekurangan kritikal profesional kesihatan dalam semua sektor penjagaan kesihatan. Lebih-lebih lagi nisbah pakar klinikal pada kadar 3.42 bagi 10,000 populasi pada ketika ini jauh lebih rendah daripada purata ditetapkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) iaitu 14.13 bagi 10,000 populasi. 

"Memburukkan lagi masalah itu, dianggarkan daripada 8,000 pakar klinikal di negara ini, lebih 40 peratus  berkhidmat dengan swasta, memberikan perkhidmatan kepada 30 peratus pendaftaran masuk ke dalam negara ini," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Tahunan Keempat Inovasi dalam Pendidikan Profesion Kesihatan Global (IGHPE) 2018 di sini, hari ini.

Menteri itu mengambil perhatian bahawa walaupun Malaysia telah mengambil langkah memperluaskan lagi program ijazah dan ijazah lanjutan perubatan pada dekad lepas, ia masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan negara.

Ditaja bersama oleh Universiti Malaya, program pada tahun ini bertujuan untuk menggalakkan perbahasan dan merumuskan idea baharu berhubung penggunaan rekaan dan teknologi  untuk merapatkan jurang antara teori dan amalan dalam profesion kesihatan di rantau ini dan global. Persidangan itu bermula semalam.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2