Van bantuan perubatan bergerak lawat sekolah, kolej dan pusat komuniti

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Fusionex menyokong Program Bantuan Kesedaran Kesihatan Perubatan Bergerak bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi serta gula tinggi.

Di bawah program itu van Bantuan Perubatan Bergerak akan melawat sekolah, kolej, pusat beli-belah dan pusat komuniti mulai November. Fusionex adalah rakan kongsi utama dan penaja program tersebut, kata satu kenyataan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh berkata: "Kami berharap orang ramai akan memanfaatkan sepenuhnya peluang pendidikan tersebut serta pemeriksaan perubatan percuma untuk meningkatkan kualiti hidup dalam keluarga dan komuniti mereka.

"Kami gembira menjadi sebahagian daripada program bantuan yang luar biasa ini yang diterajui Kelab Rotary dan berharap ia akan berjaya. Kami berharap dengan sokongan Fusionex terhadap inisiatif yang dipimpin Kelab Rotary ini, rakyat Malaysia akan dapat hidup dengan lebih sihat dan lebih baik," katanya.

Presiden Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja, Datuk Seri Nelson Kwok ketika melancarkan program itu baru-baru ini berkata: "Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional menunjukkan 17.5 peratus daripada mereka yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai diabetes dan hampir separuh daripada penduduk, atau kira-kira 9.6 juta orang, mempunyai darah tinggi atau paras kolesterol tinggi.

"Ia sangat membimbangkan yang lebih separuh penduduk mempunyai diabetes serta hipertensi dan empat daripada lima orang yang mempunyai tahap darah dan kolesterol tinggi tidak menyedari keadaan itu," katanya.

Pertandingan lukisan juga akan dianjurkan pada Januari, menyasarkan generasi muda di sekolah serta kolej yang bertujuan mencapai 50,000 dan memberi impak kepada 500,000 rakyat Malaysia.

Program itu akan dilancarkan di peringkat antarabangsa pada Mac depan dengan penyertaan tujuh kelab. Fusionex adalah pembekal teknologi data yang khusus dalam Analisis, Data Besar, Internet Perkara, Pembelajaran Mesin dan Kepintaran Buatan. Tawarannya tertumpu kepada membantu pelanggan memperoleh nilai dan pandangan daripada data.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018