Keracunan Arak: Setakat 8 malam, mangsa keracunan arak 56 orang, 21 maut

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Sehingga 8 malam ini, jumlah terkini mangsa kes keracunan arak di sekitar Lembah Klang sejak semalam berjumlah 56 orang, dengan 21 individu disahkan maut.

 Sejumlah 17 lagi individu sedang menerima rawatan manakala 20 yang lain dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata daripada keseluruhan mangsa, seramai empat orang merupakan warga tempatan.

“Selain itu, antara mereka yang keracunan terdiri daripada warga asing iaitu 26 warganegara Nepal, 13 warganegara Myanmar, 10 Bangladesh, dua India dan seorang lagi tidak diketahui identiti,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata empat kematian akibat kes itu dicatatkan di Sentul. 

“Kematian direkodkan di daerah Sentul dengan dua lelaki warga tempatan dan dua warga Myanmar,”  katanya.

Difahamkan mangsa-mangsa kes tersebut meminum tiga jenama alkohol yang dibeli daripada  beberapa  kedai di Lembah Klang.

Polis Selangor telah membuat 12 serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak itu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan  Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti kandungan selain methanol dalam minuman keras terlibat. 

Beliau juga berkata wakil-wakil dari pihak pengeluar minuman beralkohol dan bir dari jenama terbabit telah tampil membantu kementerian untuk membersihkan nama mereka.

"Kementerian tidak menolak kemungkinan minuman berkenaan bukan produk asli dan dihasilkan dari  kegiatan pengeluaran haram.

“Siasatan juga dijalankan bagi menentukan sama ada minuman itu dicampur bahan lain atau minuman tiruan,” kata beliau.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018