Keracunan Methanol: Dua kematian dilapor di luar fasiliti KKM

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Jumlah kematian akibat keracunan methanol meningkat kepada 21 orang hari ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima maklumat tentang dua kematian di luar fasiliti KKM.

Ini selain 19 kematian di fasiliti KKM sehingga 12 tengah hari ini, kata menteri berkenaan Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata maklumat dua kematian itu diberikan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).   

"Buat masa ini pihak KKM tidak dapat mengesahkan jumlah kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan KKM. Jumlah kes ini dijangkakan meningkat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkata  tiga jenama minuman beralkohol yang disyaki mengandungi racun methanol ialah Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky dan bir berjenama King Fisher. 

Hasil analisis setakat ini mengesahkan minuman beralkohol jenama Grand Royal Whisky mengandungi methanol yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, katanya.

"Di samping itu, produk berkenaan tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 seperti tiada nama dan alamat pengilang, pengimport atau ejen," katanya. 

Tambah beliau, KKM sedang mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol terbabit dan produk minuman beralkohol jenama lain yang tidak mematuhi perundangan makanan. 

Jelas Dr Dzulkefly, sehingga Selasa sebanyak 291 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama yang terbabit telah disita. 

Tambah beliau, KKM akan bekerjasama dengan PDRM, Kastam DiRaja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), pihak majikan pekerja asing yang terlibat dan agensi yang berkaitan bagi mengawal serta memantau perkembangan situasi keracunan tersebut. 

"Infografik, risalah dan pendidikan kesihatan dalam bahasa asing akan turut diedarkan kepada warga asing bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya pengambilan minuman beralkohol yang mungkin mengandungi methanol," katanya. 

Kata Dr Dzulkefly, kes keracunan methanol melibatkan warga Malaysia, Nepal, Myanmar, India dan Indonesia. 

Beliau juga berkata wakil-wakil dari pihak pengeluar minuman beralkohol dan bir dari jenama berkenaan  telah tampil membantu Kementerian Kesihatan untuk membersihkan nama mereka.

"Kementerian tidak menolak kemungkinan minuman berkenaan bukan produk asli dan dihasilkan dari  kegiatan pengeluaran haram.

“Siasatan juga dijalankan bagi menentukan sama ada minuman itu dicampur bahan lain atau minuman tiruan,” kata beliau.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2