Ketua Menteri, Adly Zahari
MELAKA, 20 Sept (Bernama) – Kerajaan Negeri Melaka bercadang bangunkan sebuah hospital universiti yang dijangka dapat mengurangkan 20 peratus kesesakan pesakit di hospital kerajaan di negeri ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.
Beliau berkata hospital universiti itu dijangka memberi manfaat kepada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan (M40) dan akan ‘membebaskan’ lebih banyak ruang buat isi rumah berpendapatan 40 terendah (B40) mendapat kemudahan kesihatan dan perubatan di hospital kerajaan.
“Hospital ini akan membolehkan hospital kerajaan memberikan penumpuan lebih kepada golongan B40 yang mana golongan ini benar-benar memerlukan kemudahan kesihatan dan perubatan di hospital kerajaan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.
Pada masa ini Melaka mempunyai tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin.
Media sebelum ini melaporkan keadaan Hospital Melaka yang dalam keadaan sesak sehingga pesakit terpaksa menunggu di tengah lorong akibat kemudahan disediakan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai.
Adly berkata pada masa ini tiga lokasi telah dikenal pasti sebagai kawasan sesuai untuk dijadikan hospital universiti itu, namun lokasi dan spesifikasi hospital itu masih belum dimuktamadkan dengan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata kerajaan negeri merancang menggunakan bangunan sedia ada bagi hospital universiti itu kerana dengan cara itu dapat memendekkan tempoh masa penubuhan hospital itu selain menjimatkan kos, berbanding cadangan pembinaan hospital baharu oleh kerajaan negeri sebelum ini.
“Bila dapat tubuhkan hospital universiti ini cepat, rakyat dapat kemudahan lebih cepat. Model hospital universiti seperti UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan UM (Universiti Malaya) adalah model yang terbaik untuk kita ikuti bangunkan hospital universiti kita,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN