Tujuh kes baharu keracunan alkohol dilapor - KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sebanyak tujuh kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, masing-masing enam di Kuala Lumpur dan satu di Perak sehingga tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini sebanyak 76 kes melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Perak direkodkan sejak 15 Sept. 

"Jumlah kematian adalah sebanyak 29 kes iaitu 18 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan dua kes di negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata dalam pada itu, 29 kes kematian dicatatkan melibatkan keracunan metanol membabitkan warga Myanmar (12), Malaysia (9), Nepal (6), Bangladesh dan tidak diketahui status kewarganegaraan (masing-masing satu).  

Pada masa yang sama, katanya, 47 kes keracunan metanol yang tidak melibatkan kematian dicatatkan membabitkan warga Nepal (21), Myanmar (10), Bangladesh (lapan), Malaysia (tujuh) dan Indonesia (satu).

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara.

"Setakat ini, sebanyak 262 premis yang menjual arak telah diperiksa dengan 780 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah disita,” katanya.

Beliau berkata Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol perlu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital.

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018