Pesakit kanser di Lubnan semakin meningkat - Kementerian Kesihatan

BEIRUT, 21 Sept (Bernama) -- Kadar pesakit kanser di Lubnan meningkat sebanyak 5.5 peratus setiap tahun mulai 2005 hingga 2016, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar tempatan pada Jumaat.

Menurut akhbar Asharq Al Awsat, yang memetik kenyataan Menteri Kesihatan Sementara, Ghassan Hasbani, pihaknya telah menilai jumlah pesakit kanser berdasarkan statistik mereka yang mendaftar untuk rawatan.

“Jadi, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi," kata Ghassan sambil menambah bahawa kadar pesakit kanser di Lubnan adalah serupa dengan, atau lebih tinggi berbanding kadar di Eropah.

Punca paling umum penyakit kanser di Lubnan, menurut menteri itu, ialah pencemaran udara, pembakaran sisa dan pencemaran air bawah tanah serta air dalam sistem pengairan.

Sementara itu, anggota parlimen Fadi Alameh memaklumkan Elnashra, sebuah akhbar online bebas, bahawa kekurangan keselamatan makanan di Lubnan adalah antara punca langsung penyakit kanser di negara tersebut.

Beliau berkata Lubnan tidak membuang sisa-sisa industri dengan sempurna.

Menurut agensi berita tempatan Al Markazia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan terdapat lebih 17,000 kes baharu kanser pada 2018 di Lubnan dan 242 pesakit kanser bagi setiap 100,000 rakyat Lubnan.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2