SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa yang maut akibat keracunan alkohol di sekitar Selangor setakat 9 pagi ini meningkat kepada 24 orang berbanding 22 mangsa semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pertambahan dua kematian itu melibatkan warga Nepal berusia 29 dan 30 tahun.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini melibatkan dua rakyat Malaysia, Bangladesh (dua), l Nepal (lapan), Myanmar(10), India (1) dan seorang individu yang tidak dikenali identitinya.
Beliau berkata 18 mangsa masih menerima rawatan perubatan manakala 16 mangsa telah dibenarkan keluar hospital.
Tambah Mazlan mengikut laporan yang diterima pihaknya setakat ini, seramai 58 mangsa keracunan alkohol termasuk yang maut direkodkan di negeri ini.
Sejak Isnin lalu, lebih 20 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan puluhan lagi dirawat di hospital di sekitar Lembah Klang dan Perak akibat keracunan alkohol.
--BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN