Jangan beli arak tiruan - KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, Sept 22 (Bernama) -- Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandungi metanol sebaliknya membeli minuman keras yang mempunyai penglabelan yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kebanyakan arak tiruan tidak mempunyai label yang jelas pada botol dan beliau telah mengarahkan produk yang tidak menepati ciri-ciri yang diluluskan KKM ditarik balik.

“Kita percaya ada pencemaran sebatian arak dalam alkohol. Sebab tu pelabelannya tidak betul. Tiada pengedar, tidak tahu bila import dan sebagainya. Jadi kemungkinan wujud bahan campuran yang tidak sepatutnya seperti metanol dalam minuman keras yang menyebabkan berlakunya kematian baru-baru ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Inovasi Kuala Lumpur 2018, disini hari ini.

Semalam, sebanyak tujuh kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, masing-masing enam di Kuala Lumpur dan satu di Perak.

Sebanyak 76 kes melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Perak direkodkan sejak 15 Sept dengan jumlah kematian sebanyak 29 kes iaitu 18 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan dua kes di negeri Perak membabitkan warga Myanmar (12), Malaysia (9), Nepal (6), Bangladesh dan tidak diketahui status kewarganegaraan (masing-masing satu).  

Dr Noor Hisham berkata KKM sedang menjalankan kajian di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor untuk mengetahui sekiranya terdapat campuran lain selain metanol yang mengundang bahaya kepada pengguna.

“Metanol sepatutnya tiada dalam alkohol, tapi pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencampurkan metanol untuk mengurangkan kos pembuatan minuman tersebut. Jadi mungkin ada sebatian lain yang kita nak lihat,” katanya.

Tambahnya KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang sedang giat meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1