Wan Azizah mohon rakyat doakan kesihatan Chong Wei

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kesihatan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dilaporkan menghidap barah hidung. 

Melalui catatan laman Twitter rasmi beliau, Dr Wan Azizah berkata: “Berduka mendengar perkhabaran Datuk Lee Chong Wei menghidap barah hidung peringkat awal. Chong Wei sedang menerima rawatan di Taiwan.

“Sama-sama kita mendoakan DLCW diberi kesembuhan sempurna,” katanya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan bahawa bekas pemain nombor satu dunia itu didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal dan sedang mendapatkan rawatan  sambil berehat untuk pulih bersama keluarganya di Taiwan.

Pada Julai lalu, BAM mengeluarkan kenyataan menyatakan Chong Wei tidak akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan utama disebabkan masalah kesihatan serta telah dinasihatkan agar berehat oleh doktor selepas menjalani rawatan berikutan masalah berkaitan respiratori.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata beliau akan menemui BAM bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan  kepada Chong Wei dan keluarga ketika mendapatkan rawatan.

”Saya sedih mendengar tentang dugaan yang dihadapi juara badminton negara kita Datuk Lee Chong Wei.

“Namun saya yakin semangat juang beliau kental untuk menghadapi dugaan ini. Ayuh kita sama-sama doakan kesihatan LCW, ” katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2