Kematian akibat keracunan alkohol meningkat 37 orang setakat 10 malamĀ 

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) – Jumlah terkini kematian akibat keracunan alkohol di seluruh negara meningkat 37 orang setakat pukul 10 malam ini, dengan 24 kes di Selangor,10 di Kuala Lumpur dan 3 di Perak.

Di SHAH ALAM, jumlah kematian akibat keracunan alkohol kekal 24 orang setakat pukul 3 petang tadi membabitkan dua rakyat Malaysia, Bangladesh (2), Nepal (8), Myanmar(10), India (1) dan seorang individu yang tidak diketahui identitinya.

Jumlah mangsa yang masih menerima rawatan turut kekal iaitu 18 orang manakala 16 mangsa telah dibenarkan keluar hospital.

Mengikut kenyataan polis Selangor, terdapat sedikit perbezaan jumlah mangsa maut dengan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan laporan kematian yang diterima polis Selangor adalah daripada waris mangsa sendiri selain daripada pihak hospital.

Di IPOH, jumlah kematian meningkat kepada tiga orang dengan kes terbaru membabitkan lelaki tempatan berusia lingkungan 33 hingga 40-an, meninggal dunia pada pagi Sabtu.

Sementara itu, di SEREMBAN, laporan ujian darah bagi pengesahan sama ada dua kes kematian yang diterima di negeri itu berpunca daripada keracunan alkohol dijangka diperolehi esok.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin, pihaknya menerima laporan bahawa alkohol yang diminum oleh kedua-dua mangsa bukan daripada jenis alkohol yang menyebabkan kematian seperti mana kes di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, KKM dalam kenyataan hari ini berkata setakat ini kementerian telah menjalankan pemeriksaan ke atas 589 premis yang menjual arak dan dalam pemeriksaan itu, 1,816 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah disita.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018