Arak tanpa piawaian dan arak tiruan antara punca keracunan alkohol

IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Tindakan memproses sendiri arak tanpa mengikut kawalan kualiti dan pengambilan arak tiruan merupakan antara punca keracunan methanol di Lembah Klang dan Perak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata siasatan kementerian mengenal pasti kandungan methanol dalam arak itu adalah tinggi.

"Kandungan methanol yang tinggi dalam minuman keras tidak sesuai kerana boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kematian berbanding menggunakan ethanol (sebatian alkohol) yang dibenarkan dalam arak.

"Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang tidak mempunyai kelulusan daripada kementerian. 

"Kita juga bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti polis dan kastam untuk meningkatkan penguatkuasaan supaya penjualan arak tiruan tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk Hospital Pakar Perak di sini, malam ini.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2