Persidangan penyelidikan klinikal perkukuh kesihatan digital

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persidangan Kebangsaan bagi Penyelidikan Klinikal (NCCR) (NCCR) ke-12 yang bermula hari ini mengumpulkan pakar-pakar perubatan dan penyelidik bertujuan memahami bagaimana teknologi digital memberi impak kepada sistem penyampaian penjagaan kesihatan rakyat Malaysia dan meningkatkan hasil kajian ke atas pesakit.

Persidangan dua hari dengan tema ‘Pusat Penyelidikan Pesakit : Kesihatan Digital’ itu menerima lebih daripada 130 abstrak dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee dalam ucapannya berkata transformasi digital dan revolusi dalam kesihatan pada era Revolusi Industri 4.0 menimbulkan banyak cabaran dan strategi perlu dirangka untuk menghadapinya.

“Ia termasuk bukti, advokasi, etika, dasar dan amalan klinikal. Perubatan berasaskan bukti adalah asas kepada penyampaian penjagaan kesihatan.

“Oleh itu, penyelidikan klinikal perlu diperluas untuk memulakan penyelidikan translasional. Ia bertujuan memastikan amalan aplikasi digital penjagaan kesihatan pesakit yang relevan, berkesan dan selamat,” katanya.

Dianjurkan setiap tahun, NCCR ke-12 yang diadakan di Hotel Istana, di sini melibatkan pelbagai program, dengan 20 penceramah dari Malaysia, Singapura, Australia dan Amerika Syarikat mengambil bahagian.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018