Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menasihatkan syarikat-syarikat yang tidak beretika dengan meletakkan label produk mereka dengan tuntutan perubatan yang meragukan untuk menghentikannya serta merta.
Sebaliknya Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak terbabit sepatutnya menggunakan label umum yang bersesuaian di produk mereka.
“KKM memandang serius perkara ini kerana ia boleh mengelirukan orang awam dan seterusnya memberikan persepsi salah dan mengakibatkan orang ramai mengabaikan asas prinsip pencegahan iaitu kebersihan diri dan persekitaran.
“Produk-produk seperti ini tidak mempunyai bukti kukuh bagi menyokong bahawa ia berkesan dalam mencegah jangkitan. Sebarang produk yang mempunyai bukti tuntutan perubatan untuk merawat dan mencegah penyakit perlu dinilai dan didaftarkan dengan pihak berkuasa KKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat produk-produk pada masa ini yang mengambil kesempatan dengan mendakwa produk terbabit boleh mencegah dan merawat penyakit seperti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD), anti-kanser dan sebagainya.
“KKM ingin mengesa orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada sebarang produk yang meragukan.
“Dalam usaha KKM melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam melalui pemantauan berterusan produk-produk seumpamanya di pasaran, orang ramai juga diminta membantu mengemukakan aduan dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitannya melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN