Premis dapur asrama, kantin SMK Seri Bintang Utara ditutup sementara

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Premis dapur asrama dan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara ditutup sementara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan disinfeksi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Zainuddin Abdul Wahab berkata fasiliti berkenaan, yang ditutup sementara berikutan kejadian keracunan makanan pada 21 Sept, akan dibuka semula sebaik sahaja penambahbaikan dilakukan pihak sekolah.

"Sampel klinikal dan makanan yang dimakan pelajar telah diambil Pejabat Kesihatan Cheras (PKC) untuk dihantar ke makmal bagi tujuan analisis, dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya dalam satu kenyataan. 

Pada Jumaat lepas, 10 pelajar yang mengalami gejala muntah, sakit perut dan cirit-birit telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan 82 pelajar yang lain daripada keseluruhan 424 pelajar mengalami gejala sama namun keadaan terkawal. Keadaan 10 pelajar tersebut kini stabil. 

Dr Zainuddin berkata nasi lemak berserta sambal dan telur yang disediakan di kompleks asrama dan kantin sekolah itu untuk sarapan pelajar disyaki penyebab utama kejadian itu.

Beliau menasihatkan orang ramai usah khuatir dengan kejadian itu dan hendaklah mengamalkan langkah lihat, hidu dan rasa sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan berulang.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018