Projek STIK percepat masa respon pertama Jabatan Kesihatan di Jalan Tuaran-Ranau

KOTA KINABALU, 26 Sept (Bernama) -- Projek Sistem Tindakan Kecemasan (STIK) mampu mempercepatkan dan memendekkan masa respons pertama dalam memberi  rawatan awal  terhadap kes kecemasan di sepanjang Jalan Tuaran-Ranau.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata projek STIK adalah perkhidmatan tambah nilai jabatan kecemasan melibatkan jarak 92.5 kilometer bermula dari bulatan Hospital Tuaran sehingga ke simpang Bongkut Lohan, Ranau.

“Projek STIK yang diilhamkan oleh saya sendiri bukan sahaja dapat memendekkan masa respons, tetapi apa yang paling penting ia dapat menyelamatkan nyawa, sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kecemasan di sepanjang Jalan Tuaran-Ranau yang juga merupakan kawasan tumpuan pelancong, jalan utama di antara pantai barat dan pantai timur Sabah.

Program ini telah mula dilaksanakan sejak pertengahan tahun lepas dan diletakkan di bawah jagaan unit Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Ini adalah julung-julung kalinya projek pra- hospital dilaksanakan secara kerjasama  antara hospital, klinik kesihatan, klinik desa dan sukarelawan, sekaligus  menjadikan STIK komprehensif, efektif  dan unik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran projek itu dan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 peringkat pantai barat utara  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, di sini hari ini.

 “Sehubungan dengan itu pasukan STIK dapat merancang satu pelan tindakan perkhidmatan prahospital yang cepat lagi cekap dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di sepanjang jalan berkenaan.

Sepanjang tempoh pelaksanaan STIK itu kita telah membuat banyak penambahbaikan sehingga ia benar-benar mantap dan hari ini kita lancarkan projek ini,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Christina turut menyampai APC kepada 299 warga kerja Jabatan Kesihatan di bahagian pantai barat utara Sabah.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018