Negeri Sembilan negeri terkini catat kematian keracunan metanol - KP Kesihatan



KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) – Kematian akibat keracunan metanol meningkat kepada 40 orang hari ini dengan Negeri Sembilan menjadi negeri terkini yang mencatatkan kematian selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua lagi kematian dilaporkan masing-masing satu di Perak dan Selangor.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, jumlah kematian akibat keracunan metanol di Selangor seramai 24 orang, Kuala Lumpur (11) orang, Perak (empat) orang dan Negeri Sembilan (satu) orang.

Berdasarkan kewarganegaraan pula, kematian melibatkan dua warga Bangladesh, dua (India), 11 (Myanmar), 10 (Nepal), 11 (Malaysia) dan empat lagi tidak diketahui kewarganegaraan.

"Sehingga 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sejumlah 95 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM dengan Selangor sebanyak 63 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada tiga kes, Kuala Lumpur dan Perak kekal, masing-masing 17 dan 12 kes," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah yang dicatatkan menerima rawatan di hospital, lapan didapati stabil dan dibenarkan pulang.

Seramai 17 pesakit masih menerima rawatan di enam hospital di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata daripada 17 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital itu, tujuh pesakit dalam keadaan kritikal.

“KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018