Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Monash University dalam Projek SEACO



KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) –  Kementerian Kesihatan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Monash University bagi melakar satu lagi peristiwa penting dalam kerjasama dengan platform penyelidikan universiti itu, Southeast Asia Community Observatory (SEACO).

MoU itu dimeterai oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan presiden merangkap pro naib canselor Monash University Prof Andrew Walker.

Melalui MoU itu, SEACO akan membantu Kementerian menyusun dan mentafsir data dari aspek yang berbeza yang boleh dikongsi meliputi pelbagai program penyelidikan.

Dr Noor Hisham berkata melalui SEACO, kementerian telah mengambil bahagian dalam pelbagai penyelidikan mencakupi pelbagai disiplin.

“Saya menaruh harapan bahawa kerjasama ini akan menjana hasil penyelidikan yang memberi manfaat.

“Sebagai laman pemantauan kesihatan dan demografi, SEACO adalah platform penyelidikan yang sesuai untuk meningkatkan pemahaman mengenai tingkah laku rakyat Malaysia dan menjadi agen sosial kesihatan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini.

Sementara itu, Prof Walker berkata kerjasama itu membolehkan kedua-dua pihak meneruskan lebih banyak kajian berkaitan kesihatan mengenai denggi, penyakit mata pediatrik dan diabetes yang merupakan antara isu kesihatan di negara ini.

“Kami berharap kerjasama aini akan membantu pembangunan dasar yang lebih baik mengenai kesihatan dan kesejahteraan di kalangan masyarakat berpendapatan sederhana di Malaysia,” kata beliau.

SEACO ialah kemudahan penyelidikan kesihatan awam yang beroperasi di Segamat, Johor sejak 2011.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018