Kesihatan digital alat berkuasa merevolusikan penjagaan penyakit tidak berjangkit - Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kesihatan digital boleh menjadi alat yang berkuasa untuk merevolusikan penjagaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) melalui perluasan akses, meningkatkan kecekapan dan melatih pekerja kesihatan kurang mahir, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly berkata satu kepentingan yang signifikan ialah memperkasakan pesakit yang menguruskan penyakit mereka sendiri melalui ciptaan peranti, aplikasi dan penyelesaian digital secara meluas.

"Kita perlu membina inisiatif sedia ada dan bukti saintifik semasa mengenai kesihatan digital, untuk menyokong pencegahan dan pengurusan penyakit tidak berjangkit," kata beliau dalam satu kenyataan, yang dihantar kepada Bernama, ketika berucap pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Penyakit Tidak Berjangkit di New York.

Beliau berkata Malaysia mengalu-alukan inisiatif bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia-Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (WHO-ITU)  "Be He@lthy Be Mobile" dan Resolusi WHA71.7 mengenai kesihatan yang diterima pakai pada tahun 2018.

" Kami mahu melihat inisiatif WHO-ITU membantu kerajaan mewujudkan program kesihatan yang selamat dan mampan.

"Kesihatan digital juga memberi peluang kepada sektor swasta terutama yang tidak biasa dikaitkan dengan kesihatan, menjadi rakan strategik dalam aspek kesihatan dan penjagaan kesihatan," kata beliau.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018