Kesedaran lelaki Pahang jalani pemeriksaan prostat masih rendah

KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Kadar kesedaran kaum lelaki di Pahang untuk menjalani pemeriksaan  penyakit berkaitan kelenjar prostat termasuk kanser masih berada pada tahap rendah.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata setakat semalam, hanya 1,500 individu tampil menjalani pemeriksaan yang diadakan di klinik kesihatan melibatkan sembilan daerah di negeri ini. 

Beliau berkata daripada jumlah itu, 50 peratus daripadanya dikesan mempunyai penyakit berkaitan kelenjar prostat dengan sebilangannya dikesan menghidapi penyakit kanser prostat peringkat awal.

"Pemeriksaan asas adalah percuma dan hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit... selain kurangnya kesedaran untuk menjalani pemeriksaan, ramai yang beranggapan simptom awal penyakit itu adalah sejajar dengan faktor penuaan," katanya semasa ditemui Bernama di sini, hari ini. 

Dr Sha'ari berkata mereka yang perlu menjalani pemeriksaan ialah mereka yang berusia 50 tahun ke atas yang mempunyai masalah membuang air kecil, antaranya kerap kencing malam, kencing perlahan, meneran semasa kencing atau sukar untuk mula membuang air kecil. 

Selain itu, lelaki yang berusia 40 tahun ke atas yang mempunyai sejarah kanser dalam keluarga juga digalakkan untuk membuat pemeriksaan, katanya

"Ada yang memandang ringan simptom ini sedangkan tidak semua pembengkakan prostat itu membawa maksud kanser. Itu sebabnya penting untuk menjalani pemeriksaan yang boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan," katanya. 

Dr Sha'ari berkata pihaknya juga telah melaksanakan Kempen Kesedaran Penyakit Prostat Peringkat Pahang yang dijadikan acara tahunan sejak 2010 bagi meningkatkan kesedaran kepada kaum Adam. 

Katanya, Jabatan Urologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, yang mula beroperasi sejak 2002 juga mempunyai pakar sehingga menjadi pusat rujukan tertiari bagi perkhidmatan urologi di Pantai Timur. 

"Jabatan Urologi HTAA juga merupakan pusat rujukan utama pembedahan urologi di Malaysia, selain perkhidmatan lain seperti (rawatan) ‘benign prostatic hyperplasia (BPH)’ iaitu pembesaran prostat, kanser prostat, kanser buah pinggang, penyakit berkaitan pundi kencing dan endourologi. 

"Pemeriksaan awal termasuk dalam kes berkaitan BHP membolehkan rawatan diberikan atau dalam beberapa kes memerlukan pembedahan," katanya. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2