Laporan Myscan platform rujukan pakar Onkologi negara

Sumber: kpkesihatan.com

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Laporan ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ (MyScan) yang pertama di Malaysia menunjukkan kadar survival yang tinggi bagi tempoh lima tahun bagi lima jenis kanser, iaitu kanser kelenjar tiroid (82.3 peratus), prostat (73 peratus), rahim (70.6 peratus), kanser payu dara wanita (66.8 peratus) dan kanser kolon atau usus besar (56.8 peratus). 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan laporan MyScan yang diterbitkan pada tahun ini akan survival 5-tahun secara relatif (RS), kadar survival paling rendah adalah bagi kanser pankreas (14 peratus), kanser hati (12.8 peratus) dan kanser paru-paru (11 peratus).

“Kadar survival juga didapati lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.  

Laporan itu juga menunjukkan analisa hazard ratio (HR) dengan pesakit kanser di tahap 4 mempunyai nisbah risiko kematian (HR) 7.52  kali ganda lebih tinggi berbanding kanser di tahap 1 bagi kanser payu dara, 5.45 kali ganda lebih tinggi bagi kanser pangkal rahim dan 3.86 kali ganda lebih tinggi bagi kanser kolotrektal. 

Dr Noor Hisham berkata ia merupakan laporan survival pertama di Malaysia menggunakan data daripada Registri Kanser Kebangsaan dan bakal menjadi platform penting bagi pakar perubatan onkologi untuk membentuk sistem pengumpulan maklumat lengkap mengenai survival kanser di negara ini.

Laporan MyScan itu adalah berdasarkan pada analisis survival kanser bagi 15 jenis kanser tertinggi di Malaysia pertamanya  dalam tempoh 2007 hingga 2011 dan kemudian sehingga 2016 dan ia boleh dijadikan titik asas pengukur kepada laporan MyScan yang seterusnya.

"Selain daripada data kadar insiden dan kadar kematian, survival kanser merupakan satu daripada indikator yang penting untuk menilai keberkesanan program kawalan dan pencegahan kanser memandangkan analisis mengikut tahap kanser membuktikan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival. 

"Untuk itu, penggunaan data survival kanser sebagai pengukur keberkesanan program saringan dan rawatan  kanser sangat penting dan kini banyak digunakan oleh para profesional dan penggubal polisi di seluruh dunia termasuk Malaysia," katanya.   

Kajian ini merumuskan bahawa pengesanan awal kanser melalui kaedah saringan yang efektif amat penting untuk meningkatkan survival terutamanya kanser payu dara, pangkal rahim dan kolorektal. Perhatian serius juga perlu diberikan bagi pencegahan kanser paru-paru dalam program pencegahan dan pengawalan tembakau kerana kanser ini mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1