Sikap pencinta anjing dan kemasukan tidak terkawal anjing punca peningkatan rabies di Sarawak



KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sikap “pencinta anjing” yang sukar memberi kerjasama kepada agensi terlibat dan kemasukan tidak terkawal anjing dari Kalimantan ialah antara faktor bagi peningkatan kes rabies di Sarawak. 

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kedua-dua faktor itu menyebabkan usaha mengawal anjing liar mengalami kesulitan. 

"Kita ambil serius kes rabies yang semakin meningkat di Sarawak. Selain memberi vaksin apabila gigitan anjing berlaku, kita juga bekerjasama dengan jabatan veterinar untuk mengawal anjing liar,“ katanya kepada pemberita selepas menutup “World Cancer Leaders' Summit” di sini, hari ini. 

 Justeru, beliau menasihatkan masyarakat supaya memberi kerjasama kepada agensi berkaitan dalam usaha mengawal anjing liar. 

"Mereka juga perlu mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti KKM berhampiran jika berlaku kes gigitan anjing," katanya. 

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Ogos lalu, sejak rabies diisytiharkan sebagai wabak di Sarawak dari 30 Jun 2017 sehingga 21 Ogos 2018, jumlah kes dalam kalangan manusia adalah 13 kes termasuk 12 kematian dengan kadar kematian 92.3 peratus. 

Khamis lalu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan mengisytiharkan lima kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan positif wabak itu meningkat kepada 41 kawasan di negeri itu.

-- BERNAMA 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2