Unit Mexter, UM bekerjasama tawar khidmat kesuburan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – LYC Medicare Sdn Bhd (LYCM), unit milik penuh Mexter Technology Bhd, telah memeterai perjanjian perkhidmatan dan perjanjian kerjasama selama lima tahun dengan unit perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi membuka Pusat Kesuburan LYC.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Mexter berkata di bawah perjanjian itu, LYCM akan berperanan sebagai penyedia perkhidmatan bagi fungsi bukan klinikal dengan nilai tambah untuk pesakit pusat kesuburan tersebut manakala PPUM bertindak menawarkan perkhidmatan berkaitan perubatan.

Menurutnya, Pusat Kesuburan LYC merupakan penyedia perkhidmatan untuk golongan berada yang memerlukan khidmat kesuburan selain mempromosi pelancongan perubatan  untuk pesakit antarabangsa.

“Perjanjian itu adalah seiring dengan hala tuju perniagaan semasa syarikat serta strategi untuk meningkatkan perolehan dan sumbangan keuntungan segmen perkhidmatan penjagaan kesihatan,” katanya.

Mexter berkata kontrak itu disertakan dengan pilihan lanjutan selama lima tahun, tertakluk kepada syarat prestasi tertentu yang dapat dipenuhi.

 -- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2