Malaysia berharap terajui usaha kemuka resolusi mengenai kanser peringkat Asean

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia berharap untuk menerajui usaha dalam mengemukakan resolusi mengenai kanser pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN tahun depan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia menaja bersama resolusi mengenai kanser tahun lepas yang kemudian diterimapakai pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia.

"Berikutan kejayaan membawa isu mengenai kanser ke dasar global, kami ingin mengukuhkan komitmen secara serantau menerusi resolusi kawalan kanser di peringkat ASEAN," kata beliau ketika berucap pada Kongres Kanser Sedunia 2018 di sini malam ini.

Beliau berkata cabaran kesihatan bersama di rantau ini termasuk masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit berjangkit seperti malaria, demam denggi, tibi dan penyakit lain yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin.

"Tidak ada sebab kita tidak boleh bersatu dalam usaha untuk membasmi penyakit-penyakit ini,"  kata beliau.

Dr Dzulkefly berkata dalam konteks dalam negara, kementerian komited untuk mengalihkan fokus kanser – dan NCD – kawalan daripada reaktif kepada pro aktif dan daripada ad-hoc kepada komprehensif. 

Beliau berkata pelaburan dalam kesihatan awam dan pencegahan untuk mengurangkan faktor risiko termasuk memperkukuhkan komitmen kepada Kerangka Konvensyen Kawalan Tembakau menerusi menerimapakai dan melaksanakan Akta Kawalan Tembakau.

"Tanpa menjejaskan penjagaan kesihatan dan memandangkan peningkatan kecanggihan teknologi untuk rawatan kanser di Malaysia, kami akan memperkukuhkan liputan kesihatan universal melalui pelan insurans B40," kata beliau.

Kongres empat hari itu, anjuran Kesatuan untuk Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC), menghimpunkan kira-kira 3,000 pakar kawalan kanser dan kesihatan awam dari 150 negara untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam usaha global memerangi kanser.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018