Kerajaan akan semak undang-undang berkaitan pesakit pindah dari hospital swasta



KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menyemak semula undang-undang yang memaksa pesakit membayar fi lebih tinggi di hospital kerajaan sekiranya  mereka  pesakit  rujukan hospital swasta atau hospital universiti.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata tumpuan utama kementerian dalam kajian semula itu ialah pesakit menerima pertimbangan dan layanan sama rata. 

“Kami menangani isu ini kerana kami faham ada pertimbangan-pertimbangan penting  yang mesti diteliti semula agar dapat memberi layanan saksama kepada semua pesakit walaupun sebelum itu mereka dirawat di hospital swasta.

“Kami harap dapat melakukan semakan semula ini secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengawalseliaan Kebangsaan 2018, di sini hari ini.

Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 memperuntukkan pesakit yang dirujuk ke hospital kerajaan  oleh  hospital swasta dikenakan caj berdasarkan kadar kelas pertama.

Undang-undang itu disifatkan sebagai tidak adil oleh sesetengah pihak yang berpendapat  peraturan tersebut distrukturkan berasaskan tanggapan bahawa mereka yang ke hospital swasta mampu  membayar  kadar termahal di hospital kerajaan.

Sementara itu, mengulas kes keracunan alkhohol, Dr Dzulkefly berkata setakat 1 Okt, kementerian menerima 98 notifikasi dengan 45 daripada mereka meninggal dunia.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018