KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara melancarkan kempen kesedaran kesihatan dan derma darah bulan ini di seluruh negara.
LIAM berkata 16 syarikat anggotanya dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Penasihat Takaful Keluarga (NAMLIFA) mengambil bahagian dalam kempen tersebut di lebih 30 lokasi bermula semalam.
Bagi Lembah Klang dari 1 - 5 Okt kempen tersebut akan diadakan di Medan MARA, Jalan Raja Laut, di sini.
"Program lima hari itu dianjurkan bersama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Jantung Negara, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Asia Assistance Network (M) Sdn Bhd, KPJ Healthcare Bhd, Penyelidikan Kanser Malaysia dan Peak Fitness Sdn Bhd," kata LIAM dalam kenyataannya hari ini.
Lawati www.liam.org.my atau hubungi Jabatan Komunikasi Korporat LIAM di 03-2691 6168 / 6628 / 8068 bagi mengetahui lebih lanjut mengenai lokasi dan tarikh kempen yang diadakan serentak di seluruh negara.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN