Produk kesihatan bernilai RM1.2 juta dirampas di Kelantan



KOTA BHARU, 2 Okt (Bernama) -- Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan merampas 1,297  produk kesihatan bernilai RM1.2 juta menerusi 26 siri operasi yang dilaksanakan di negeri ini  sepanjang  Januari hingga September tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin berkata produk kesihatan yang dijual adalah ubat yang tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi dan ubat campur palsu yang dijual secara langsung di negeri ini.

“Barang rampasan itu ialah 534 produk tidak berdaftar, 36 produk mengandungi racun berjadual, 89 kosmetik tidak bernotifikasi, 635 cecair vape mengandungi racun berjadual, dua peranti digital, satu bahan mentah," katanya  kepada pemberita di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata daripada 53 premis yang diserbu, sebanyak 36 premis melibatkan kedai kosmetik, kedai vape (empat), rumah kediaman (tiga), salun (dua), kedai kenderaan (dua), farmasi (dua), kedai pembekal makanan kesihatan (satu), gimnasium (satu), Klinik Perubatan Swasta (satu) dan Klinik Homeopati (satu), katanya

Beliau berkata operasi hasil maklumat daripada orang ramai itu dilaksanakan oleh 29 orang pegawai  penguat kuasa farmasi.

Beliau berkata produk berkenaan menjadi pilihan pengguna kerana menawarkan keberkesanan yang segera serta harganya lebih murah berbanding dengan produk yang berdaftar.

“Produk terlaris di kalangan pengguna adalah produk memutihkan kulit, produk menguatkan tenaga batin, dan mengurangkan berat badan,” katanya. 

Dr Zaini berkata, bagi kes melibatkan produk yang tidak berdaftar, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Katanya bagi kes melibatkan kesalahan di bawah Akta Racun 1952 pula, ia disiasat di bawah Seksyen 32 (2) akta itu yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018