Dr Matin Mellor Abdullah (Sumber: www.ramsaysimedarby.com)
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan pusat sehentian rawatan kanser perlu diperluas ke seluruh negara bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan sekaligus memperkasa industri pelancongan kesihatan negara.
Presiden Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) Dr Matin Mellor Abdullah berkata Malaysia telah mempunyai beberapa pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan rawatan kanser menyeluruh dengan kemudahan teknologi cemerlang namun hanya di bandar-bandar utama.
Jelasnya, faktor lokasi merupakan aspek penting memandangkan pesakit perlu berulang-alik bagi menjalani sesi rawatan kanser yang menjangkau lebih 20 sesi.
“Pusat sehenti yang menawarkan rawatan bermula dari aspek pemeriksaan, pencegahan, diagnosis awal radioterapi, kimoterapi dan pembedahan mampu menarik pesakit menjalani rawatan memandangkan rawatan kanser tidak bergantung kepada kaedah rawatan tunggal dan memerlukan kepakaran berbeza.
“Namun buat masa ini ia hanya terdapat di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Untuk membawa perubahan kepada rawatan kanser, pusat dengan kemudahan sama perlu ditawarkan lebih meluas meliputi negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Bernama pada Kongres Kanser Sedunia 2018 di sini yang berlangsung selama empat hari berakhir esok.
“Antara faktor yang dilihat menjadi penghalang untuk memperluas perkhidmatan pusat rawatan sehenti ini tentunya kekurangan pakar. Nisbah ahli onkologi yang merawat pesakit kanser kini dianggarkan 1:3,” katanya.
Sementara itu pakar Onkologi Klinikal Sunway Medical Centre Christina Lai berkata Malaysia berpotensi untuk terus berkembang menjadi lokasi pelancongan kesihatan terbaik kerana mempunyai mesin berteknologi tinggi bertaraf dunia terutamanya untuk rawatan radioterapi.
“Kita juga mempunyai akses untuk ubat terbaharu yang tidak terdapat di negara lain terutamanya di Asia Tenggara,” katanya.
Tambahnya, selain terkenal dengan servis hospitaliti yang memuaskan, rawatan kanser juga ditawarkan dengan harga berpatutan menjadikan Malaysia bukan sahaja pilihan untuk bercuti tetapi juga destinasi penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN