KKM tunggu maklum balas kementerian kewangan, KPDNKK isu caj rundingan hospital

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung cadangan kenaikan kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia bagi membuat semakan harga sebelum dibentang ke kabinet.

“Hasil maklumat yang diterima oleh KKM adalah berdasarkan perbincangan dalam sesi ‘town hall’ oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan pelbagai stakeholders. Perkara ini telah kami bincang dalam post cabinet dan akan kami angkat ke kabinet,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Kejururawatan Antarabangsa di sini, hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar dalam ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ pada 27 Ogos telah menyerahkan kertas cadangan semakan caj perundingan kepada KKM.

Ia mencadangkan kenaikan caj antara RM35 dan RM125 daripada RM10 dan RM35, yang tidak disemak hampir 12 tahun.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2