Gempa Bumi Sulawesi: Doktor kerajaan dibenar cuti tanpa rekod

Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media selepas MoU antara KKM dan CREST di Petaling Jaya -- fotoBERNAMA (2018) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Doktor kerajaan dibenar untuk mengambil cuti tanpa rekod sekiranya mereka ingin ke Sulawesi Tengah bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di situ, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Kita memberikan izin kepada semua doktor kita sama ada yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pendidikan (doktor di hospital universiti) untuk mengambil cuti tanpa rekod bagi berkhidmat dan berbakti di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kementerian Kesihatan dan Collaborative Research in Engineering, Science and Tenchnology (CREST), di sini hari ini.

Dr Dzulkefly bagaimanapun tidak menyatakan jumlah doktor kerajaan yang telah berlepas ke sana setakat ini.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia semalam, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah meningkat kepada 1,407 orang.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter menggegarkan Kota Palu dan Donggala yang turut mengakibatkan tsunami pada Jumaat lepas, yang turut disusuli lebih 250 gempa susulan setakat ini.

Sementara itu, mengulas kes keracunan alkhohol, Dr Dzulkefly berkata setakat hari ini, kementerian menerima 98 notifikasi dengan pertambahan satu kes kematian di Selangor.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes mangsa yang meninggal dunia adalah 46 kes.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata MoU yang dimeterai antara kementerian dan CREST hari ini akan menyaksikan kerjasama kedua-dua pihak dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam bidang penjagaan kesihatan digital yang memberi tumpuan kepada inovasi digital dalam penyampaian dan penyelesaian penjagaan kesihatan, aktiviti pembangunan kelompok bersama, penglibatan rangkaian industri,  pembangunan bakat dan hub inovasi kesihatan digital.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mewakili kementerian sementara CREST diwakili oleh ketua pegawai eksekutifnya Jaffri Ibrahim.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018