KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pusat Penyelidikan Kolaborasi Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam bidang penjagaan kesihatan digital.
MoU memberi tumpuan kepada inovasi digital dalam penyampaian dan penyelesaian penjagaan kesihatan, aktiviti pembangunan berkelompok, penglibatan rangkaian industri, kerjasama pengilangan, pembangunan bakat dan hab inovasi kesihatan digital.
CREST diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaffri Ibrahim manakala KKM diwakili Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia disaksikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan CEO Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Datuk Azman Mahmud selaku wakil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Kluster Penjagaan Kesihatan Digital dibangunkan oleh CREST bagi memberi tumpuan kepada penggunaan sistem yang boleh dipakai, merangkumi teknologi internet untuk segala-gala (IoT) dan peranti yang bersambung; dan kejayaan pengkomersialan produk, penyelesaian dan perkhidmatan penjagaan kesihatan oleh industri elektrik dan elektronik.
Melalui kepimpinan industri, sokongan ahli akademik dan kerajaan, sistem dan produk yang menggunakan kecerdasan buatan dan analisis data bakal melonjakkan lagi industri penjagaan kesihatan Malaysia, menurut kenyataan CREST tersebut hari ini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN