Lebih banyak kempen untuk membolehkan orang awam mendapatkan maklumat mengenai kanser termasuk kanser payudara perlu dijalankan dari masa ke masa. (Gambar Hiasan)
--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hasil rawatan akan lebih positif sekiranya kanser payudara dapat dikesan lebih awal.
Malangnya, menurut Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), 43 peratus kes kanser payudara hanya dikesan apabila ia sudah mencapai peringkat akhir, iaitu ketiga dan keempat.
“Perkara ini amat dikesalkan kerana kanser payudara boleh dirawat dan mempunyai hasil yang positif sekiranya dikesan lebih awal.
“Kami ingin menggesa kaum wanita supaya sedar akan hakikat ini dan proaktif dalam mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mereka mendapati sebarang perubahan (di atas payudara), “ pengarah perubatan NCSM, Dr M. Murallitharan memberitahu Bernama baru-baru ini.
Kanser payudara adalah kanser paling utama menyerang wanita di seluruh dunia. Di Malaysia, seorang daripada 30 orang wanita berisiko untuk mendapat penyakit ini.
FAHAMI PERINGKAT
Amalan mengesan awal seperti “mammogram” (kaedah untuk mengesan kanser payudara di kalangan wanita), pemeriksaan payudara klinikal serta pemeriksaan sendiri payudara masih antara cara paling penting untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal. Ini juga memberi peluang besar untuk jangka hayat dan kadar survival lebih panjang.
Saiz ketumbuhan yang dikesan menentukan peringkat kanser yang dihidapi penyakit, menurut Persatuan Kanser Amerika, kadar survival lima tahun menurun dengan kadar pantas ketika kanser payudara merebak ke peringkat seterusnya.
Kadar survival lima tahun merujuk kepada peratus orang yang hidup sekurang-kurangnya lima tahun selepas didiagnos menghidap kanser.
Pada tahap sifar, sel kanser yang tidak normal adalah ‘non-invasive’ yang bererti sel-sel berkenaan masih berada di lokasi asal payudara di mana ia bermula.
Tahap satu berlaku apabila sel kanser merebak keluar daripada tempat asal dan menyerang tisu yang berhampiran.
Pada peringkat ini, ketumbuhan itu bersaiz hanya dua sentimeter dan masih dalam lingkungan payudara.
Terdapat dua subkategori atau keadaan untuk peringkat ini: keadaan pertama tidak ada penglibatan nodus limfa dan kedua, terdapat “micro-metastases” atau sel merebak secara kecil ke satu atau tiga nodus limfa.
Tahap kedua kanser payudara juga mempunyai dua subkategori. Dalam subkategori pertama, ketumbuhan adalah lebih dua sentimeter tetapi lebih kecil daripada lima sentimeter dengan penglibatan nodus limfa.
Subkategori kedua ialah di mana ketumbuhan adalah lebih besar daripada dua sentimeter tetapi tanpa penglibatan nodus limfa atau besar daripada lima sentimeter tetapi tidak terlekat kepada dinding dada dan tanpa penglibatan nodus limfa.
“Apabila ketumbuhan dikesan antara peringkat satu dan dua, peluang untuk rawatan yang berjaya adalah paling tinggi kerana sel kanser masih belum menjalar, “ kata Dr Murallitharan, pakar kesihatan awam.
Tahap ketiga mempunyai tiga subkategori. Subkategori pertama adalah di mana ketumbuhan kurang daripada lima sentimeter dan menjalar kepada lima hingga sembilan nodus limfa tetapi belum merebak ke bahagian yang lebih jauh.
Subkategori kedua mempunyai dua keadan iaitu yang pertama, ketumbuhan tumbuh ke dalam dinding dada atau kulit tetapi tanpa nodus limfa dan kedua, ketumbuhan belum tumbuh tetapi melibatkan sehingga sembilan nodus limfa ‘axillary’ (kawasan ketiak).
Subkategori ketiga ialah di mana ketumbuhan boleh dalam sebarang saiz, merebak kepada 10 atau lebih nodus limfa di bahagian seperti di bawah klavikel atau tulang selangka dan kanser membesarkan nodus limfa “mammary”.
Pada peringkat ini, sel kanser mula menjalar ke luar kawasan payudara ke beberapa nodus limfa, sementara ketumbuhan mungkin atau mungkin tidak, melekatkan diri di luar payudara.
Tahap keempat pula adalah peringkat akhir di mana kanser menjalar di luar payudara dan nodus limfa bersebelahan kepada organ lain, mungkin termasuk otak, paru-paru atau hati.
“Ini juga dipanggil kanser metastatik dan sekiranya kanser berulang, ianya sering berada pada peringkat ini, “ jelas Dr Murallitharan.
PENTING KESAN AWAL
Beliau menekankan pentingnya wanita melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSD), contoh sewaktu mandi dan proses ini hanya mengambil masa seminit sahaja.
Beliau berkata “tanda-tanda yang perlu diberi perhatian sewaktu membuat pemeriksaan sendiri antaranya benjol di sebahagian atau keseluruhan payu dara, permukaan kulit kasar, sakit puting dan ‘discharge’ iaitu sebarang lendiran dari puting payudara.”
Wanita yang berusia lebih 40 tahun digalakkan membuat mamogram secara tahunan. Satu kajian Institut Kanser Sweden mendapati wanita antara umur 40 hingga 49 tahun yang melakukan mammogram setiap tahun dan kemudiannya didiagnos kanser payudara berada dalam keadanan yang lebih baik.
Sementara itu, sebagai usaha untuk mempromosi PSD, NCSM akan bekerjasama dengan Southern Lion Sdn Bhd, yang mengilang dan memasarkan sabun mandi di bawah jenama Shokubutsu, untuk mengadakan kempen “Breast Self-Check: You Are My Pink Reason “.
Kempen selama sebulan ini akan bermula pertengahan Oktober. Sewaktu kempen ini, jururawat profesional NCSM akan menjelajah ke seluruh kawasan tengah negara dengan trak bergerak, bertemakan “You Are My Reason", untuk memberikan pemeriksaan payudara percuma kepada wanita.
“Jururawat akan mengajar wanita kaedah betul untuk membuat pemeriksaan sendiri payudara serta tanda-tanda yang perlu diperhatikan yang ada kaitan dengan kanser payudara.
“Selain daripada itu, trak bergerak itu juga akan menyediakan perkhidmatan tambahan termasuk mengambil bacaan indeks massa tubuh, glukos darah (gula dalam darah) dan tekanan darah, “ pengarah urusan Southern Lion, Tatsuya Horiuchi.
Kempen juga melibatkan beberapa pertandingan serta kegiatan untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya pemeriksaan sendiri payudara untuk mengesan lebih awal serangan kanser.
Mereka yang memerlukan maklumat lanjut mengenai kanser boleh melayari laman sesawang NCSM, https://www.cancer.org.my/
Diterjemah oleh Melati Mohd Ariff
BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN