Orang ramai masih beli arak palsu kerana kurang maklumat - Dr Lee

Lee Boon Chye

SHAH ALAM, 5 Okt (Bernama) -- Kekurangan maklumat mengenai bahaya kandungan arak palsu menjadi antara punca ramai pengguna terutama warga asing terus membeli minuman itu yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.        

Beliau berkata kes keracunan arak yang meragut banyak nyawa warga asing baru-baru ini membuktikan mereka kurang arif tentang bahaya kandungan minuman arak palsu dan tiruan yang dijual di pasaran.      

"Pengguna masih tidak mengetahui bahaya untuk minuman arak palsu dan antara ramai terlibat adalah warga asing yang mungkin maklumat (bahaya arak tiruan) tak sampai golongan itu," katanya dalam sidang media selepas menutup Minggu Penyelidikan Peringkat Negeri Selangor 2018 anjuran Pusat Penyelidikan Klinikal Kluster Selangor Zon Tengah di Hospital Shah Alam (HSA) di sini hari ini.        

Turut hadir Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim dan Pengarah HSA Datin Paduka Dr Hasni Hanapi.        

Dr Lee mengulas mengenai kes kematian akibat keracunan metanol melibatkan ramai warga asing yang dicatatkan di Negeri Sembilan,  Selangor, Kuala Lumpur dan Perak yang mencecah 46 orang sehingga kini.             

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian hanya mempunyai kuasa menyiasat kandungan sesuatu produk minuman keras sama ada ia mematuhi Akta Makanan 1983 selain memastikan keperluan pelabelan seperti nama alamat pengilang, pengimport ataupun ejen.      

Beliau sebaliknya berkata tindakan penguatkuasaan ke atas minuman arak tiruan terletak di tangan pihak penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam untuk menyiasat keseluruhan rantaian perbekalan minuman itu.        

Dalam perkembangan lain, Dr Lee ketika berucap pada majlis itu berkata konsep hospital kluster yang menggabungkan hospital pakar negeri dan hospital daerah menerusi perkongsian sumber kepakaran, peralatan dan fasiliti dilihat mengoptimumkan penggunaan katil di semua hospital kerajaan.           

Beliau berkata terdapat 13 hospital kluster di seluruh negara merangkumi 46 buah hospital di 11 negeri yang berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan terhadap pesakit di samping mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.          

"Selain daripada perkongsian kepakaran dan peralatan, penggabungan seperti ini juga dapat meningkatkan pengeluaran aktiviti penyelidikan di antara hospital-hospital ini,"katanya.          

Sementara itu, Dr Hasni dalam ucapannya berkata sepanjang program Minggu Penyelidikan Peringkat Negeri Selangor, peserta berpeluang mengikuti beberapa perbincangan pelnari daripada pakar-pakar perubatan dari pelbagai bidang, pembentangan oral serta beberapa bengkel penyelidikan di hospital kluster yang terdiri daripada HSA, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang dan Hospital Banting.        

--BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2