KKM fokus strategi atasi ibu bapa tolak suntikan vaksin

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memfokuskan kepada mengukuhkan strategi untuk mengatasi peningkatan jumlah ibu bapa yang menolak suntikan vaksin.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu juga akan diberikan tumpuan dalam pembentangan Bajet 2019.

Beliau berkata kementerian sudah memohon peruntukan tambahan bagi program pencegahan kesihatan dan vaksinasi terutama untuk vaksin pneumokokal.

“Kira-kira RM180 juta diperlukan untuk 500,000 kanak-kanak setahun bagi vaksin pneumokokal. Ia bukan janji dalam manifesto 100 hari (kerajaan Pakatan Harapan) tetapi ia perkara yang serius.

“Pada dasarnya, vaksin (pneumokokal) diperlukan bagi mencegah masalah kesihatan kerana ia mungkin berkait dengan masalah kesihatan lain seperti pneumonia, paru-paru, buah pinggang dan kegagalan fungsi otak atau meningitis,” katanya semasa sesi town hall ‘BFM Health and Living Junior 2018’ anjuran BFM Media Sdn Bhd di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Dr Dzulkefly berkata selain peruntukan belanjawan, antara strategi yang berkaitan termasuk pemantauan rapi dan kaunseling kepada ibu bapa serta pendidikan dan promosi berhubung aktiviti imuniasi.

“Data daripada Kementerian Kesihatan (diperoleh daripada kemudahan kesihatan awam) mendapati jumlah penolakan suntikan vaksin dalam kalangan keluarga dengan anak-anak di bawah umur dua tahun meningkat daripada 637 kes pada 2013 kepada 1,918 kes (2014) dan 1,541 kes pada 2015.

“Dengan peningkatan kesedaran melalui pendidikan dan promosi aktiviti imunisasi, jumlah (menolak suntikan vaksin) sedikit berkurangan daripada 1,603 kes pada 2016 kepada 1,404 kes pada 2017,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan menguatkuasakan suntikan vaksin di  bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengawal penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin berikutan peningkatan jumlah kanak-kanak yang tidak menerima suntikan berkenaan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

TM assists to install smart digital health screening solution in schools

KUALA LUMPUR, June 23 -- Telekom Malaysia Berhad (TM)  has partnered with the Education Ministry to install its smart digital health screening solution to help school administrators to quickly and accurately monitor students’ body temperatures.

read more ››

IN FOCUS

UMSC: Pain Management


In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2