KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ikrar dan persetujuan seseorang untuk menjadi penderma organ perlu dihormati oleh semua orang terutama anggota keluarga, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Walaupun lebih 400,000 orang berikrar untuk menjadi penderma organ tetapi kebanyakan keputusan mereka mendapat tentangan daripada anggota keluarga dan ia satu perkara yang tidak menyenangkan.
"Masyarakat seharusnya menyedari akan kepentingan pendermaan organ seperti negara lain Amerika Syarikat, Australia dan Sepanyol.
"Sekiranya kita capai satu peratus daripada jumlah 400,000 itu, ia sudah memadai bagi kita untuk menjadi negara yang maju dan mencapai prestasi yang canggih dalam plantasi pendermaan organ," katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2018 di ruang legar Stesen LRT Pasar Seni, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Tan Sri Lee Lam Thye.
Dr Dzulkefly berkata masyarakat Muslim tidak sepatutnya mengguna larangan agama sebagai alasan untuk menolak pendermaan organ selepas meninggal dunia, sekiranya ia bertujuan atas sebab rawatan kepada pesakit yang memerlukan seperti buah pinggang dan jantung.
Katanya lagi beliau berikrar menjadi seorang penderma organ dan berharap anggota keluarganya menghormati serta mempersetujui keputusannya itu.
"Andainya saya meninggal dunia, saya berharap agar keluarga saya menghormati dan menyanjungi keputusan saya. Keluarga saya perlu mengizinkannya kerana ini adalah komitmen saya sebagai penderma organ," kata Dr Dzulkefly.
Sementara itu, Lee bersetuju dengan cadangan Dr Dzulkefly untuk mengetengahkan tagline baharu iaitu 'follow through your pledge' kepada mereka yang berdaftar sebagai penderma organ dan boleh diaplikasi kepada setiap kempen kesedaran pendermaan organ.
"... dan mereka yang telah menjadi pengikrar (derma organ) mesti berkongsi maklumat dan meyakinkan keputusan mereka kepada anggota keluarga. Ia sebagai langkah agar anggota keluarga mereka dapat merealisasikan hasrat pengikrar untuk menjadi penderma organ selepas meninggal dunia," kata Lee.
Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2018 adalah acara tahunan sebagai satu inisiatif meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam pendermaan organ dan bermula 6 Okt hingga 14 Okt ini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN