Laporan: Singapura larang import sejenis salad dari Malaysia kerana dicemari racun serangga

SINGAPURA, 6 Okt (Bernama) -- Penguasa Agromakanan dan V eterinar (AVA) Singapura telah melarang pengimportan hasil segar dari ladang di Malaysia yang menghasilkan Iceberg Lettuce (sejenis salad) kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi, lapor The Straits Times hari ini.

Pada 4 Okt, AVA telah mengarahkan pengimport untuk menarik balik produk berkaitan kerana ia telah mengesan tahap tinggi Fipronil, sejenis racun serangga, pada salad tersebut yang dihasilkan dari ladang di Malaysia.

Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini.

Laporan itu yang memetik kenyataan terkini berkata AVA juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa ia telah mengesan tahap Fipronil melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dalam produk tersebut.

Laporan itu berkata AVA telah meminta supaya siasatan dijalankan terhadap ladang berkaitan yang tidak dinamakan.

Produk makanan yang gagal dalam pemeriksaan AVA dan ujian makmal tidak akan dibenarkan dijual, pihak berkuasa dilaporkan berkata.

Laporan itu berkata AVA akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengimport yang membawa masuk produk sayuran yang didapati mempunyai residu racun perosak yang tidak selamat.

Produk berkaitan akan dirampas dan dimusnahkan.

Pengimport juga boleh didenda, atau didakwa, kata laporan itu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2