Seramai 25,000 pesakit masih tunggu buah pinggang baru

JOHOR BAHRU, 8 Okt (Bernama) -- Seramai 25,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara masih menunggu untuk mendapatkan buah pinggang baru daripada penderma di negara ini, malah ada yang menunggu lebih lima tahun. 

Ketua Penyelaras Perolehan Organ dan Tisu, Pusat Sumber Transplan Kebangsaan, Dr Omar Sulaiman berkata jumlah itu adalah daripada yang direkod mendapatkan rawatan dialisis setakat bulan Ogos tahun ini.

“Dalam setahun, kita dapati hanya 30 hingga 40 pesakit berjaya mendapat buah pinggang baru yang sesuai dengan mereka (tetapi), kita rekodkan 1,000 pesakit baru buah pinggang setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Penderma Organ di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, hari ini. 

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor (Perubatan/Hospital) Dr Izam Suleiman dan Koordinator Pusat Sumber Transplan Kebangsaan HSA Dr Faizal Zuhri Aziz.

Selain buah pinggang, 18 pesakit hati dan enam pesakit jantung kritikal turut menunggu giliran penderma organ yang sesuai dan jumlah berkenaan sedikit berikutan ramai daripada mereka meninggal dunia sebelum sempat menemui penderma organ sesuai.

Omar berkata masih tidak ramai yang tampil secara sukarela menderma organ memandangkan  persepsi masyarakat yang masih salah dan tidak tepat mengenai pendermaan organ.

“Tidak semestinya pengikrar organ yang berdaftar akan mendermakan organ mereka setelah berlaku kematian. Ini kerana pihak hospital perlu mendapatkan kebenaran daripada waris dan melihat keadaan organ pengikrar sebelum membuat proses pendermaan organ,” tambah beliau.

Penderma organ yang hidup boleh mendermakan sebahagian hati dan satu buah pinggang manakala  jantung dan paru-paru hanya boleh diperoleh daripada penderma organ selepas penderma meninggal dunia.

Sehingga Ogos tahun ini, kurang satu peratus daripada penduduk Malaysia atau 424,143 pengikrar penderma organ didaftarkan di seluruh negara dan 71,693 daripadanya dari Johor.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

TM assists to install smart digital health screening solution in schools

KUALA LUMPUR, June 23 -- Telekom Malaysia Berhad (TM)  has partnered with the Education Ministry to install its smart digital health screening solution to help school administrators to quickly and accurately monitor students’ body temperatures.

read more ››

IN FOCUS

UMSC: Pain Management


In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2