Pengambilan berlebihan alkohol berisiko, merbahaya

"Penyalahgunaan alkohol dikaitkan dengan keganasan rumah tangga, bahaya ketika memandu atau mengendali mesin dan bahaya kepada janin wanita hamil," kata Perunding Pakar Psikiatri, Pusat Pakar UM (UMSC), Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari

Oleh Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai risiko dan bahaya penyalahgunaan alkohol, kata para doktor hari ini.

Menurut Perunding Pakar Psikiatri, Pusat Pakar UM (UMSC), Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari kempen kesedaran perlu dimulakan di sekolah dan ia boleh dimasukkan ke dalam program amalan gaya hidup sihat.

"Penyalahgunaan alkohol dikaitkan dengan keganasan rumah tangga, bahaya ketika memandu atau mengendali mesin dan bahaya kepada janin wanita hamil," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara e-mel.

Beliau mengulas insiden keracunan alkohol terkini yang membunuh 36 orang di Malaysia, setakat 23 Sept.

Dr Muhammad berkata penilaian holistik terhadap mangsa diperlukan untuk menentukan sama ada mereka mempunyai apa-apa bentuk gangguan berkaitan alkohol seperti ketergantungan alkohol, penyalahgunaan alkohol, pola minum yang berbahaya dan juga peminum tegar minuman.


"Jika anda memilih untuk meminum alkohol, anda perlu mengambil berat tentang kuantitinya dan cuba menghindari minum minuman keras secara berlebihan. Sindrom ketergantungan kepada alkohol merupakan gangguan psikiatri di mana seseorang itu ketagihan alkohol," kata Perunding Gastroenterologi UMSC, Prof Dr Ida Normiha Hilmi

"Yang terbaik adalah berpantang daripada alkohol, tetapi jika ia diminum untuk sebab-sebab sosiokultur, ia mesti diambil dalam jumlah yang kecil. 

"Lebih penting lagi, jangan minum arak murah kerana jumlah alkohol yang sebenar tidak diketahui," katanya.

Beliau juga menekankan perlunya penguatkuasaan untuk memastikan minuman yang mengandungi alkohol di pasaran mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Perunding Gastroenterologi UMSC, Prof Dr Ida Normiha Hilmi berkata orang ramai perlu sedar bahawa penyalahgunaan alkohol, seperti dadah, menimbulkan risiko kesan buruk.

"Oleh itu, jika anda memilih untuk meminum alkohol, anda perlu mengambil berat tentang kuantitinya dan cuba menghindari minum minuman keras secara berlebihan. Sindrom ketergantungan kepada alkohol merupakan gangguan psikiatri di mana seseorang itu ketagihan alkohol," katanya.

"Dikatakan bahawa tiga 'minuman' sehari, yang boleh terdiri daripada setengah liter bir, satu gelas wain atau satu 'shot' minuman spirit untuk lelaki, dan dua minuman sehari untuk wanita dianggap sebagai batas yang selamat," kata Dr Ida.

Walau bagaimanapun, beliau turut merujuk kajian baru-baru yang menunjukkan bahawa tidak ada perkara seperti batas yang selamat dan bahawa jumlah alkohol dikaitkan dengan banyak penyakit.

Dr Ida berkata kesan buruk alkohol juga bergantung kepada banyak faktor, seperti profil genetik individu dan sekiranya ada atau tidak menggunakan ubat-ubatan.

Dia menggariskan keadaan yang berkaitan dengan penyalahgunaan alkohol yang termasuk gastritis akut, sirosis hati samaada dengan atau tanpa kanser hati, dan pankreatitis akut dan kronik.

Penggunaan alkohol yang berlebihan pada jangkamasa yang lama akan mengakibatkan hati berlemak hati dan fibrosis hati (parut ringan) dan akhirnya sirosis hati (parut parah dan pengerasan hati).

"Apabila seseorang mengalami sirosis, terdapat risiko kegagalan hati yang menyebabkan penyakit kuning, koma dan kematian. Pesakit dengan sirosis hati akibat alkohol juga berisiko menghidap kanser hati," kata Dr Ida.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2