971 orang guna perkhidmatan radiologi HDOK Sandakan



SANDAKAN, 8 Okt (Bernama) -- Sejumlah 971 pengunjung menggunakan perkhidmatan Jabatan Radiologi Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan sejak ia dibuka pada 7 Ogos hingga 18 September lepas.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata daripada jumlah itu, 513 orang telah mendapatkan perkhidmatan ultrasound, 432 orang (Perkhidmatan CT Scan), 11 orang (Mamogram) dan 15 orang (Perkhidmatan Fluroscopy).

Justeru, Wong yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata kos perbelanjaan pembinaan bangunan baru Radiologi HDOK yang menelan belanja sebanyak RM7.6 juta adalah suatu perbelanjaan yang bijak untuk dilaksanakan.

"Saya berharap dengan kewujudan Bangunan Radiologi yang baru ini, lebih banyak masyarakat yang  boleh menikmati perkhidmatan perubatan yang lebih berkualiti di daerah Sandakan dan sekitarnya. 

Pada masa sama, HDOK Sandakan diharap akan diberikan lagi lebih perhatian oleh pihak pengurusan Kementerian Kesihatan dan memberikan lagi pembangunan infrastruktur serta kemudahan bagi menampung peningkatan pesakit di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian bangunan baru Radiologi itu yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah HDOK Sandakan Dr Francis Paul dalam taklimatnya berkata sepanjang tahun lepas, 97,100 orang mengunjungi Klinik Pakar di hospital itu, 77,024 orang di Unit Kecemasan dan 14,360 orang pesakit rawatan harian.

Menurutnya hospital itu yang dibina sejak 1952, dilengkapi 400 katil pada masa sekarang dan mempunyai 40 doktor pakar, 190 doktor perubatan dan farmasi dan 563 jururawat.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2