Kerajaan Sabah teliti kualiti perkhidmatan kesihatan di luar bandar



SANDAKAN, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan melihat kualiti perkhidmatan kesihatan di kawasan-kawasan tertentu di negeri itu khususnya di luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini bagi memastikan  seluruh rakyat Sabah   mendapat perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya. 

"Sudah sampai masanya untuk melihat kualiti perkhidmatan kesihatan diberikan di kawasan diperlukan di negeri ini termasuk di kawasan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan radiologi baharu Hospital Duchess of Kent Sandakan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri sedar kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan adalah penting untuk menjayakan usaha tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie berkata perkhidmatan kesihatan  untuk rakyat  adalah antara keutamaan beliau sejak menerajui kerajaan negeri itu dan komitmen berkenaan direalisasikan menerusi penubuhan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat  yang diketuai Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Penubuhan kementerian itu tidak bermakna kerajaan negeri tidak yakin dengan peranan Kementerian Kesihatan pusat namun lebih kepada melengkapi peranan peringkat pusat memandangkan Sabah sebuah negeri yang besar dan memerlukan perhatian penuh, katanya.

Naik taraf hospital itu yang menelan belanja RM7.6 juta siap sepenuhnya pada Ogos lepas dan turut merangkumi pemasangan peralatan baharu antaranya mesin ‘fluroscopy’, imbasan tomografi berkomputer, mamografi dan ultrabunyi.

Mengenai bangunan radiologi itu, Mohd Shafie berkata ia dapat menampung peningkatan keperluan pesakit dari  hospital dan daerah berdekatan iaitu Beluran, Kinabatangan, Telupid serta Tongod, sekali gus mereka tidak lagi perlu ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2