LZS salur peruntukan RM11. 8 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia



SHAH ALAM, 8 Okt (Bernama) -- Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyalurkan peruntukan berjumlah RM11. 8 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia bagi membantu membiayai rawatan perubatan pesakit yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS Abdul Basith Hamid berkata sebanyak 18 buah hospital dan institut perubatan di sekitar Selangor akan menerima pengagihan peruntukan itu menerusi tabung berkenaan.

"Menyedari hakikat bahawa keperluan perubatan asnaf kian meningkat setiap tahun, maka LZS akan terus memberikan tumpuan kepada keperluan ini.

"Sumbangan dana ini telah diwujudkan sejak 2008 dalam bentuk kewangan bagi membantu rakyat Selangor atau yang bermastautin di negeri ini, yang mana mendapat rawatan di hospital di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peruntukan itu di Hospital Shah Alam di sini, hari ini.

Penyerahan peruntukan itu disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin dengan disaksikan isteri Menteri Besar Selangor Masdiana Muhammad, Pengerusi LZS Tan Sri Seri Syed Anwar Jamalullail dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Antara hospital yang menerima peruntukan itu ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Yayasan Institut Jantung Negara.

"Selain digunakan untuk membiayai rawatan perubatan, dana ini juga digunakan pihak hospital untuk membeli peralatan perubatan yang diperlukan pesakit," tambah Abdul Basith.

Sementara itu, beliau berkata LZS juga bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM10,000 kepada setiap keluarga dan waris enam anggota bomba yang maut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lepas.

Beliau berkata bantuan itu diberikan untuk mengurangkan beban yang ditanggung keluarga akibat kehilangan sumber pendapatan utama.

"Jumlah keseluruhan bantuan berjumlah RM60, 000 ini akan disampaikan kepada keluarga berkenaan dalam tempoh terdekat. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan keluarga yang ditinggalkan," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1