WHO timbang adakan 'Hospital Pilihan' di Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan minat terhadap projek perintis untuk melantik 'Hospital Pilihan WHO' di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam satu kenyataannya dari Manila, Filipina hari ini, berkata WHO sedang serius menimbangkan Malaysia untuk projek perintis itu atas dasar kebolehcapaian dan kemudahan sokongan yang sangat baik serta telah sedia ada. 

Katanya, menerusi projek yang pertama seumpamanya di dunia itu, WHO berminat untuk memastikan kakitangannya dari pelbagai negara mendapatkan tahap penjagaan kesihatan terbaik dari institusi perubatan yang dapat melepasi semua petunjuk mutu dalam dimensi harga tertentu.

"WHO sedang mencari hospital untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang kardiologi, oftalmologi, urologi, ginekologi dan ortopedik. Saya yakin jika Malaysia dipilih, projek perintis ini akan menjadi kejayaan besar kerana sudah terdapat banyak hospital yang sudah mantap dan terakreditasi di Malaysia yang akan melebihi jangkaan WHO.

"Ini adalah peluang yang sangat baik untuk hospital-hospital kita mempromosikan perkhidmatan mereka lebih jauh dan diiktiraf di peringkat global," katanya.

Perkara tersebut dibincangkan Dr Dzulkefly dengan Stewart Simonson, Penolong Ketua Pengarah, Pengurusan Am WHO, bersama-sama dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, di luar Mesyuarat Jawatankuasa Wilayah WHO ke-69 untuk Pasifik Barat yang diadakan di Manilla bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 12 Okt.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018