Latihan pegawai perubatan, kesihatan sabah diberi keutamaan - Stephen

BELURAN, 10 Okt (Bernama) -- Sabah akan memastikan aspek latihan buat pegawai perubatan dan kesihatan negeri sentiasa diberi keutamaan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan negeri sentiasa ditingkatkan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata pihaknya juga akan berusaha memastikan Kementerian Kesihatan sentiasa memberi perhatian mengenai perkara itu, di samping berusaha menangani isu berkaitan tempoh perkhidmatan pegawai perubatan dan kesihatan yang dihantar bertugas di Sabah yang singkat.

"Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah, saya akan berusaha memastikan perkhidmatan kesihatan negeri berada di tahap yang terbaik dan setanding dengan institusi kesihatan di negeri lain,” katanya semasa berucap dalam sesi lawatan ke Hospital Beluran di sini, semalam.

"Ini juga sejajar dengan penekanan Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad kepada Janji Pakatan Harapan yang menyentuh perkara memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan terutamanya melibatkan negeri Sabah,” tambahnya.

Terdahulu Pengarah Hospital Beluran Dr Sylvester Lajau dalam taklimatnya kepada Stephen berkata Hospital Beluran yang mula beroperasi sejak 1979, kini mempunyai 204 kakitangan, dan tahun lepas ia mencatatkan jumlah kunjungan pesakit seramai 9,103 orang.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018