PETALING JAYA, 10 Okt (Bernama) -- Sekolah-sekolah di negara ini memerlukan lebih ramai kaunselor yang mempunyai kemahiran psikologi di samping program pembangunan kesihatan mental yang baik bagi membantu masalah semakin ramai remaja mengalami simptom berkaitan stress seperti kerisauan dan kemurungan.
Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye berkata remaja kini tidak saja berdepan dengan tekanan daripada rakan sebaya tetapi juga ekspektasi keluarga yang mahukan mereka mencapai keputusan pengajian cemerlang.
"Kementerian Pendidikan hendaklah memikirkan cara membantu pelajar mengatasi isu kesihatan mental seperti pembentukan jawatankuasa, kerana kita tidak mahu melihat pelajar membunuh diri atau memikirkan perkara sebegitu,” katanya pada sidang akhbar sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 dan ulang tahun pertama Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) di sini hari ini.
Lee adalah juga pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).
Sementara itu, presiden dan pengasas MIASA Anita Abu Bakar mencadangkan agar 'Program Minda Sihat' bagi pelajar dikaji semula memandangkan imbasan isu mental perlu dilakukan sebaik saja kanak-kanak tamat sekolah rendah dan bukan ketika berumur 16 tahun seperti di bawah program itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN